PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

 

KOD KURSUS                 : MPU21032

KURSUS                          : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA PENSYARAH     : AMIR FARIZ BIN CHE MAN

TUGASAN                       : E-FOLIO

TAJUK                             : PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA KUMPULAN      : #StudyPEP


AHLI KUMPULAN :

NAMA

 

NOMBOR PENDAFTARAN

TUGASAN

SUBASSINI A/P SANGARAN 

01DTK21F1006

- PENGENALAN

- SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA

 

NU NASUHA BINTI BASHAH

01DTK21F1013

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

 

LIM YIK BOON

01DTK21F1015

KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

 

MICHELE FOO ENG XIN

01DTK21F1032

KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN” DAN PERBAHASAN

 

ZULAIKHA BINTI MOHAMED ZAHARI 

01DTK21F1016

KESIMPULAN

 

1.0  PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

1.1  PENGENALAN [SUBASSINI A/P SANGARAN] [01DTK21F1006]

     Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa sejarah dan titik permulaan. Ianya hasil gabungan peradaban besar dunia yang didahului dengan peradaban Peribumi Alam Melayu, kemudian muncul peradaban asia iaitu peradaban India, Cina, serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh oleh peradaban globalisasi yang bermaksud melalui digital yang canggih.

     Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini, Islam serta agamaagama lain berada di atas landasan kerohanian dan moral yang secara berterusan tanpa banyak terjejas penilaian positif dan negatif bagi pembinaan peradaban majmuk di Malaysia. Jadi ia perlulah dilakukan dengan lebih teliti dan cermat. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan kita hendaklah menggunakan segala kekuatan dan kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita dengan sehabis baik meskipun berupa kerohanian mahupun intelektual ataupun keilmuan.

https://serikatnews.com/globalisasi-virus-dan-jejak-peradaban/


1.2  SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA [SUBASSINI A/P SANGARAN] [DTK21F1006]

     Amri Marzali menyatakan sejarah sosial peradaban peribumi Alam Melayu bagi Tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya Melayu. Seterusnya, sosiobudaya terdiri daripada kumpulan etnik manakala dari segi politik dan pada masa lampau iaitu pelbagai kerajaan kuno. Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tengggara khususnya gugusan Kepulauan Melayu. Di samping itu, mereka turut bertutur dalam Bahasa Melayu meskipun berasal dari Indonesia. Pada masa itu, orang Melayu beragama Islam.Bahasa Melayu juga menjadi Bahasa Lingua France akibat daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing.

     Selain itu, peradaban asia seperti India, Cina, dan Timur Tengah adalah kedatangan masyarakat tersebut membawa pelbagai alat dan budaya juga pegangan agama.Seterusnya, kedatanagan orang cina dan india ke Malaysia telah memberikan hasil untuk membawa masuk pekerja asing bagi. Walaubagaimanapun, peradaban India dan Cina masih tidak banyak berubah menurut acuan tempatan .Contohnya , adat resam da tabiat pemakaian masih dikekalkan.Dalam aspek keagamaan , walaupun bangsa India dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka.

 Peradaban  barat pula semasa pemerintahan kolonial Barat khususnya pemerintahan  British  penyebaran  agama Kristian di Tanah Melayu tidaklah begitu ketara.Peradaban Barat ledih memberi keutamaan kepada bidang material. Munculnya  system Pendidikan kewujudan masyarakat majmuk , perubahan dari segi budaya, bandar – bandar moden keperluan asas insfrastruktur di bandar .Contohnya, telegraf, elektrik dan telefon.

Peradaban globalisasi adalah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia.Seterusnya , peradaban globalisasi merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban. Globalisasi berlaku melalui pemodenan.

Akhirnya ,pembinaan negara dan bangsa amat penting bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan dapat dikecapi. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita perlulah mempunyai asas pendidikan yang kukuh . Oleh itu , pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara dan bangsa terutamanya bagi menyemai semangat kenegaraan yang khusus pada peringkat awal perkembangan pembelajaran dan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat membimbing negara seiring dengan negara yang bertamdun.

https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/sejarah-pendatang-cina-india-di-tanah.html

Rujukan teks :
https://kumpulan7penghayatanetikadanperadaban.blogspot.com/)


1.3  KONSEP NEGARA DAN BANGSA [NUR NASUHA BINTI BASHAH] [01DTK21F1013]

         https://i0.wp.com/upnd.com.my/wp-content/uploads/2019/10/Pembinaan-negara-bangsa.jpg

 

1.3.1  Konsep Negara

     Negara adalah suatu wilayah atau daerah yang ada di permukaan bumi dimana terdapatnya pemerintahan yang mengatur ekonomi, politik, sosial, budaya dan sebagainya. Di dalam sebuah negara yang minimal terdapat unsur-unsur negara seperti rakyat, wilayah, pemerintah yang berdaulat serta pengakuan dari negara lain.

https://image.slidesharecdn.com/tutorial1konsepnegarabangsa-180121153951/85/konsep-negara-bangsa-3-320.jpg?cb=1516549247

 

*    👉Wilayah ataupun sempadan yang tetap serta diiktirafkan oleh masyarakat antarabangsa.

*   👉Penduduk, rakyat ataupun populasi yang tetap.

*   👉Kerajaan yang teratur dan memberi perkhidmatan awam.

*    👉Kedaulatan iaitu negara yang diperintah sendiri di mana ianya bebas daripada naungan penjajah.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/MC310818KL009_1566603120.jpg

 

1.3.2  Konsep Bangsa

      Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Di mana bangsa itu merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

  

     Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Walaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa. Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah  hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.

https://www.roketkini.com/wp-content/uploads/2015/02/malaysia-650x340.jpg

1.3.3  Konsep Bangsa Negara

     Suatau bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti dimana ia menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada pepecahan.

 

     Chambers’ Encyclopedia menyatakan, negara bangsa itu merupakan satu proses melahirkan bangsabaru, yakni sebuah negara yang mempunyai kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan oleh ikatan-ikatan seperti bahasa, budaya, nilai-nilai dan lain-lain yang membentuk bangsanya. Tujuan utama pembinaan bangsa itu adalah untuk melahirkan perasaan taat setia dan perpaduan terhadap sesuatu pertubuhan (bangsa) itu.

 



1.4  KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA 
       [LIM YIK BOON] [01DTK21F1015]


https://www.ohinfokini.com/wp-content/uploads/2020/02/Bendera-Malaysia.png


Merujuk kepada proses awal pembinaan Malaysia, pembentukan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Pembentukan negara bangsa telah mula terbentuk apabila kemahuan rakyat yang mahukan kemerdekaan negara daripada kuasa kolonial dengan permuafakatan politik.Permuafakatan politik ini terbina apabila parti Umno-MCA-MIC bergabung pada tahun 1954. Semangat permuafakatan kaum diteruskan oleh barisan national yang deterajui oleh parti Umno yang kekal sehingga kini.

 

Setelah berlakunya rusuhan 13 Mei 1969, usaha-usaha secara intensif untuk mencapai matlamat pembentukan negara bangsa mula dilaksanakan, khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul apabila pengenalan Wawasan 2020 dikeluarkan oleh negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1991. Wawasan yang menekankan keperluan mewujudkan bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan lebih banyak perhatian  oleh pelbagai pihak. 

Oleh sebab kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang sedia ada di Malaysia, kesinambungan pembentukan konsep negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri telah dilaksanakan melalui pelbagai saluran dan penekanan .

Salah satu dari saluran terpenting adalah pendidikan memandangkan bidang ini berperanan sebagai wahana utama untuk membentuk perpaduan dalam masyarakat dan seterusnya mencorakkan pembentukan negara bangsa. Sehubungan itu, pendidikan sejarah juga berperanan penting sebagai mekanisme bagi mencapai matlamat tersebut. Sejarah merupakan guru bagi semua  manusia untuk mempelajari, memahami dan mengambil iktibar dari kejadian masa lampau.

 

Kesimpulannya,dengan terbinanya ikatan di antara rakyat dalam
pelbagai budaya ini, kestabilan sosiopolitik dan pembangunan ekonomi di negara ini akan terjamin dan boleh berjalan secara berterusan.Seterusnya dengan memperkasakan lagi pemahaman dan penghayatan Prinsip Rukun Negara, ini dapat membantu dalam merealisasikan kesinambungan dan kemakmuran hidup dalam negara Malaysia yang aman damai dan sejahtera.


1.5  KEPELBAGAIAN IDEA " BANGSA IDAMAN " DAN PERBAHASAN

       [MICHELE FOO ENG XIN] [01DTK21F1032]

1.5.1  Konsep Bangsa Idaman

1.    1.      Bangsa Idaman sebelum merdeka

Bangsa Idaman adalah gerakan nasionalis sebelum merdeka dan mereka merancang untuk memperjuangkan kemerdekaan dalam kerangka negara idaman mereka, bermakna mereka mahu sifat dan wajah negara Malaysia sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya mereka. Sebagai contoh, dalam kumpulan strategik nasionalis Melayu, bangsa idaman mempunyai tiga baris, pertama adalah Melayu Raya dianjurkan oleh kumpulan strategik Melayu berhaluan kiri. Selain itu, kedua adalah negara Islam anjuran kumpulan strategik berorientasikan Islam, dan terakhir ialah masyarakat majmuk yang didominasi oleh Melayu. Ketiga-tiga strategik nasionalis ini telah diterima oleh penjajah. Kerajaan kolonial memilih, menyokong dan mempromosikan laluan ketiga melalui CLC 1949. (Communities Liaison Committee 1949). 

https://www.kkrconline.com

2.      Bangsa idaman selepas merdeka

Aspirasi kolektif pasca kemerdekaan untuk memiliki "identiti nasional sepunya" atau sebuah bangsa. Gagasan dan pandangan identiti nasional bersama ini merupakan kenyataan negara idaman, atau lebih dikenali sebagai wajah baru Malaysia yang mereka inginkan. Salah satu konsep utama negara Idaman selepas merdeka ialah konsep "Malaysia Malaysia" yang dianjurkan oleh kumpulan strategik dari Singapura pada awal 1960-an dan dari Malaysia pada akhir 1990-an. Negara Idaman yang memerintah, sebuah negara berbilang masyarakat pimpinan Melayu.

https://sarawakvoice.com

3.      Bangsa idaman selepas dasar ekonomi baru

Bangsa Idaman selepas DEB ialah Bangsa Malaysia, Wawasan 2020,  yang dipromosikan secara besar-besaran oleh Bangsa Idaman anjuran kerajaan (Mahathir), dan kemudiannya Gagasan 1 Malaysia Bangsa Idaman, yang dianjurkan oleh kerajaan dan dipromosikan secara besar-besaran di seluruh negara. Terdapat juga di Sabah iaitu Sabagh untuk Sabahan bangsa idaman anjuran kelompok strategi internet hub di luar negeri. Terakhir adalah di Sarawak iaitu Sarawak untuk Sarawakian bangsa idaman anjuran beberapa kelompok strategik pribumi.

http://badutkelabu.blogspot.com/2016/03/dasar-ekonomi-baru-deb.html

4.      Bangsa idaman Era Malaysia baru

       Bangsa idaman Era Malaysia bermula pada Mei 2018 dan berlangsung selama 15 bulan pada Ogos 2019. Persaingan sengit berlaku antara beberapa negara impian, dan Tun Dr Mahathir berharap dapat mengekalkan "masyarakat majmuk pimpinan Melayu". Negara Idaman Sebagai Payung Wawasan 2020 dan Bangsar Malaysia. Dalam masa yang sama, PPBM, UMNO dan PAS mahu mengekalkan negeri idaman walaupun terdapat perselisihan faham di kalangan ahli kedua-dua parti. Terdapat juga kehadiran DAP di sini sebagai komponen strategik utama kerajaan, merealisasikan elemen konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia.

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/09/727791/perlembagaan-rukun-negara-satukan-rakyat-pelbagai-kaum

1.5.2 Kepelbagaian Idea Bangsa Idaman

Pada tahun 1996, Shamsul AB telah menerima pakai konsep nation of intent berpendirian, iaitu sebuah negara bangsa adalah projek berterusan yang sentiasa ada persaingan kaum sehingga wujudnya sesebuah negeri, tetapi negeri ini tidak ditubuhkan seperti Malaysia. Di Malaysia, pembentukan negara berlaku dalam dua peringkat sebelum dan selepas merdeka. Ini termasuk konsep iftar gerakan kiri Melayu, konsep Negara Islam yang dicadangkan oleh kumpulan Islam, dan konsep masyarakat majmuk pimpinan Melayu. Namun, hanya konsep terakhir “masyarakat majmuk yang dikuasai Melayu” sahaja yang diterima oleh British ketika itu, yang dicapai melalui penubuhan CLC 1949 (Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949) sehingga kemerdekaan.


Selepas sesebuah negara merdeka, wujud keinginan untuk menjana konsep kebangsaan kolektif atau identiti nasional bersama. Impian ini melahirkan konsep popular Malaysian Malaysia pada 1960-an, ketika Singapura berada dalam Persekutuan Tanah Melayu dan di bawah Mahathir Mohamad pada akhir 1990. Pembangunan negara pasca merdeka turut melahirkan konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia.


Di samping itu, di Borneo juga terdapat konsep Sabah for Sabahan dan Sarawak dan Sarawakian. Bagaimanapun, menurut Samsul, konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kumpulan strategi internet dengan bantuan media sosial dan tidak popular dalam kes yang lebih umum. Shamsul menegaskan pembangunan negara selepas PRU14 tidak banyak berubah. Kepimpinan Mahathir telah mengekalkan konsep "Malay-led plural society". Dalam konteks hari ini, konsep negara ideal dicadangkan oleh parti seperti Bersatu, UMNO dan PAS.


Beliau percaya dari segi hubungan sosial di Malaysia baharu, kepentingan hubungan antara kaum atau hubungan 'inter-ethnic' telah dikenakan, manakala kepentingan hubungan antara kaum atau 'intra-ethnic' telah diabaikan. Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud dalam kalangan kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Bagaimanapun, menurut Shamsul, kita sering melihat perbezaan ini dalam keadaan negatif berbanding positif. Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu diperjuangkan daripada dihargai.

https://penanginstitute.org/happenings/events/past-events/bangsa-idaman-sebuah-kupasan-mengenai-usaha-merintis-malaysia-baharu/

Rujukan teks :

https://pembinaanperadabanmajmukdimalaysia.blogspot.com

https://penanginstitute.org

1.6  KESIMPULAN [ZULAIKHA]

 

Dalam setiap perbincangan ini, kami dapat melihat perkaitan antara kepelbagaian idea bangsa idaman dan perbahasan. Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah Negara melalui konsep satu bangsa satu identiti. Di samping itu, konsep ini menjurus kepada sesebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya untuk hidup bersatu padu tanpa ada nya sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya dan sebagainya.


 


     Masyarakat harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata untuk mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasive mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur. Selain itu kita juga sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan  kita. Kita perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain dan menghargai satu sama lain. Sikap toleransi perlu dimiliki oleh setiap masyarakat supaya keharmonian dan ‘bangsa idaman’ dapat diteruskan dan membawa banyak impak positif  kepada Negara dan bangsa kita. Sikap ini juga perlu dipupuk dari kecil dan diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada masa kini agar ‘bangsa idaman’ dapat dikekalkan. Hal ini dapat dicapai dengan adanya usaha dan Kerjasama masyarakat untuk berganding bahu menyemai nila- nilai murni.


Rujukan teks :

https://topik-5-mpuefolio.blogspot.com/2020/10/topik5-pembinaan-peradaban-majmuk-di.html?m=1



Link youtube :


https://youtu.be/PbV3B2eV47s

Plagarism :

1.PENGENALAN DAN SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN  DUNIA
   [SUBASSINI A/P SANGARAN] [01DTK21F1006]

2.KONSEP NEGARA DAN BANGSA
   [NUR NASUHA BINTI BASHAH] [01DTK21F1013]


3.KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA
   [LIM YIK BOON] [01DTK21F1015]

4.KEPELBAGAIAN IDEA "BANGSA IDAMAN' DAN PERBAHASAN
   [MICHELE FOO ENG XIN] [01DTK21F1032]

5.KESIMPULAN
   [ZULAIKHA BINTI MOHAMED ZAHARI] [01DTK21F1016]






Ulasan